Sabtu, 31 Oktober 2009

Kursus Perlatihan Energi (Terbaru)



Bahagian Pengenalan : Perlatihan Master Energi

Setiap benda hidup memerlukan tenaga dan energi untuk terus hidup, tidak terkecuali manusia. Energi merupakan aliran tenaga di dalam badan, proses hidup sangat bergantung kepada energi, energi baik akan menyenangkan proses kehidupan dan energi jahar akan memburukkan proses kehidupan. Energi jahat lebih kepada sesuatu yang tidak stabil dan lancar. Energi jahat boleh terjadi kerana beberapa hal, antaranya mungkin kerana sakit berat seperti kanser. Aliran energi tubuh badan yang tidak stabil inilah yang sebenarnya menjadikan tubuh seseorang tidak sihat. Ianya memang berpunca kerana adanya kanser, kanser itulah yang menghambat perjalanan energi sehingga energi itu mengganggu pula proses kehidupan kita.

Melalui satu method baru, perlatihan untuk mengawal energi telah tercipta. Melalui disiplin yang tinggi dan fokus yang jitu, energi dapat dan mampu dikawal. Perlatihan ini mengajar langkah demi langkah bagaimana hendak mula dan bagaimana hendak berlatih dan sebagainya. Fokus utama perlatihan energi ini adalah untuk membangkitkan energi anda ke tingkat yang maksimum dan bagaimana menggunakan energi ini untuk mengubati proses kehidupan dalam diri anda atau lebih mudah dipanggil self healing.

Self healing merupakan satu proses dimana penyembuhan secara alami dan tentunya ia berkait rapat dengan energi. Sebenarnya self healing ini berlaku dalam semua proses kehidupan, pernahkah anda sakit dan kemudian anda sembuh tanpa perlu memakan ubat-ubatan? Tentu pernah, namun pastinya lambat. Mengapa? Ini kerana tubuh manusia sebenarnya mampu untuk menyembuhkan sebarang ketidakseimbangan di dalam tubuh badan, namun kerana kemodenan dunia, tubuh manusia semakin tercemar dengan bahan-bahan toksik dan kimia, energi biasa di dalam tubuh manusia tidak mampu lagi untuk beradaptasi melawannya dan untuk itu kita memerlukan ubat.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya ubat itu mengandungi dadah dan alkohol? Dadah dan alkohol dalam ubat ini sebenarnya tidak menyembuhkan tetapi "menenggelamkan" simptom penyakit. Dalam erti kata lain, sakit kita dipendam dan dipendam! Bila tiba masanya, ia akan meletup dan masa ia meletup, ia akan keluar sebagai satu penyakit yang ganas dan membahayakan nyawa seperti kanser.

Melalui perlatihan master energi, anda akan didedahkan teknik bagaimana untuk menyerap energi murni dari sekeliling dan juga tenaga prana bumi dan tumbuhan bagi melancarkan dan memantapkan energi anda.

Perlatihan Master Energi merupakan satu kursus yang benar dan telah terbukti. Ia tidak ada kaitan dengan bacaan tertentu atau hafalan. Dalam bahasa mudah, kita ambil contoh bina badan.

Ahli bina badan tidak mungkin melatih otot mereka dalam masa sehari. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi, tekun dan tidak berputus asa agar dapat membina bentuk badan yang mereka impikan.

Demikian juga anda, anda harus sabar dan tekun melatih semua disiplin, ilmu dan praktikal di dalam bimbingan nanti agar anda dapat manfaat yang sebenar dari ilmu ini.

Penjejak Ilmu 2009.

p/s-Sebagai bonus tambahan, saya sertakan sekali pendedahan Kaedah Hukum Tarikan dalam bahasa malaysia. Khusus untuk anda. Rebut peluang sekarang!

Adventure Game!!!